Sunday, August 21, 2011
Hot News: Chinese overseas student walk naked

Chinese overseas student walk nakedThursday, November 29, 2007
In Germany, England, Spain and many other countries naked walking and cycling in the countryside becomes more and more famous. This Chinese Overseas student is promoting body acceptance and the enjoyment of clothes free recreation.
Sound crazy to most Chinese peo
Shahnon Ahmad Turut Ziarah Jenazah Allahyarham Azizi
Novelis Azizi Abdullah Selamat DikebumikanKULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.
Gambar: Sasterawan Negara yang juga bekas Anggota Parlimen Sik Datuk Shahnon Ahmad (dua dari kiri) melawat jenazah Allayarham Azizi Abdullah di Taman Bersatu, hari ini.
Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang.
Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya.
Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.
Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.
Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia.
Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.
Beliau merupakan seorang pesara guru dan kemudiannya turut menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna di Pulau Pinang.
Beliau meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.
Shahnon menyifatkan beliau telah kehilangan seorang sahabat karib yang banyak jasanya dalam dunia kesusasteraan negara di samping seorang penulis yang prolifik dan disegani di kalangan rakan-rakan.
Mesti Baca : Isu MAS & AIR ASIA - Inilah Jawapan Yang Sebenar !!!
Panglima telah mendapat sedikit maklumat tentang isu perkongsian MAS dan AIRASIA yang menunjukkan kepada kita tentang kerjasama antara sektor Kerajaan dengan Swasta. Yang sebelum ini telah pun diulas oleh sahabat blogger MyMassa di sini
Dalam strategi Kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak antara langkah yang diambil oleh beliau ialah perkongsian pintar antara Kerajaan dengan Swasta.
Pihak Kerajaan juga sebelum ini telah membuat pertukaran antara pegawai sektor swasta dengan pegawai Kerajaan bagi membolehkan sikap positif dalam perkhidmatan swasta dapat diaplikasikan dalam sektor kerajaan.
Ini untuk merealisasikan kehendak rakyat yang dimomokkan dengan persepsi negatif terhadap sektor awam negara kita agar mereka sedar bahawa bukan semua penjawat awam itu tidak sehebat pekerja swasta.
Dengan perkongsian pintar terbaru antara syarikat MAS dan AIR ASIA maka kita nampak persaingan akan berubah kepada perkongsian di mana dua pihak akan meraih banyak keuntungan dari segi logistik, tenaga keraja dan juga kod laluan antarabangsa.
Ia juga akan menjadikan rakyat paling mendapat keuntungan atas perkongsian ini. Selaras dengan hasrat 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Di sini diperturunkan jawapan terhadap isu MAS dan AIR ASIA yang telah sedikit kecoh dalam dunia maya kita baru-baru ini. Ia diperolehi dari sumber yang sangat sahih dan dipercayai.
Semoga rakyat dapat memahami dengan berkat pertolongan sahabat bloggers/facebookers/twitterian sekelian menyebarkannya demi kebenaran bukan kepalsuan.
Sila klik imej untuk besarkannya.



Dalam strategi Kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak antara langkah yang diambil oleh beliau ialah perkongsian pintar antara Kerajaan dengan Swasta.
Pihak Kerajaan juga sebelum ini telah membuat pertukaran antara pegawai sektor swasta dengan pegawai Kerajaan bagi membolehkan sikap positif dalam perkhidmatan swasta dapat diaplikasikan dalam sektor kerajaan.
Ini untuk merealisasikan kehendak rakyat yang dimomokkan dengan persepsi negatif terhadap sektor awam negara kita agar mereka sedar bahawa bukan semua penjawat awam itu tidak sehebat pekerja swasta.
Dengan perkongsian pintar terbaru antara syarikat MAS dan AIR ASIA maka kita nampak persaingan akan berubah kepada perkongsian di mana dua pihak akan meraih banyak keuntungan dari segi logistik, tenaga keraja dan juga kod laluan antarabangsa.
Ia juga akan menjadikan rakyat paling mendapat keuntungan atas perkongsian ini. Selaras dengan hasrat 1Malaysia - rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Di sini diperturunkan jawapan terhadap isu MAS dan AIR ASIA yang telah sedikit kecoh dalam dunia maya kita baru-baru ini. Ia diperolehi dari sumber yang sangat sahih dan dipercayai.
Semoga rakyat dapat memahami dengan berkat pertolongan sahabat bloggers/facebookers/twitterian sekelian menyebarkannya demi kebenaran bukan kepalsuan.
Sila klik imej untuk besarkannya.

Imej 1

Imej 2

Imej 3
Muhyiddin makin gah, Najib semakin lemah!

SUATU ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).
Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.
Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.
Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.
Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.
Langkah berani reformasi pilihan raya
Najib nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:
“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”
Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.
Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.
Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.
Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.
Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.
Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.
Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati .
Setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.” Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?
Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?
Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu dibahas secara terperinci di Parlimen.
Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.
Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.
Terpaksa membuat pusingan U
Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?
Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.
Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.
Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.
Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.
Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.
Kuasa PM
Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.
Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.
Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.
Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.
TV3 digunakan untuk jatuhkan presiden Gerakan [Video]

MENJELANG pilihanraya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, Barisan Nasional sudah mula merasai kewujudan parti komponennya Gerakan, bagai "mendukung biawak hidup".
Pihak berkepentingan melancarkan gerakan untuk melemahkan pimpinan Najib Tun Razak bagi memastikan BN gagal mendapat majoriti dua per tiga Pilihanraya Umum 13 , sekaligus sebagai lesen untuk menggesa Najib meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin
Parti Gerakan pula dilihat tidak akan mampu membawa apa-apa manfaat kepada Barisan Nasional, TV3 digunakan sebagai medium propaganda untuk menjatuhkan presiden parti itu untuk memecah belahkan Barisan Nasional.
Saksikan sendiri video di bawah ini, di saat semboyan pilihanraya sudah mula kedengaran, TV3 digunakan untuk menyebarkan propaganda menjatuhkan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon bagi melemahkan lagi Barisan Nasional pimpinan Najib tun Razak.


Obedient Wife in private pictures 




